~ Mahligai Bahagia ~

assalamualaikum, kini ibuku, Rohani bt Ismail sedang menunaikan haji, barangkali hari ni mama akan ke Makkah, sekarang ini berada di Madinah. Hari Ahad lepas dia ada call, tanya khabar anak perempuan dia yang belajar di Mesir ni. Ku jawab panggilan itu dengan penuh rasa gembira dan syukur pastinya. Akhirnya tercapai hajat ibuku ini. Mama sering luahkan keinginan menunaikan ibadah haji. Mencari keredhaan Allah dan menunaikan Rukun Islam sentiasa menjadi keutamaannya.

ALHAMDULILLAH, sekarang aku sudah berada di Tahun 2 Fakulti Perubatan Zagazig Mesir, mcm2x perkara dipelajari. Dari Kreb's Cycle, Glycolysis, Sensation, Pain, Head & Neck :) SEMUANYA KU ANGGAP PELUANG KEEMASAN, PELUANG YG ALLAH BERI UNTUK MEYELAMI APA YANG BERLAKU DLM TUBUH BADAN MANUSIA ITU SENDIRI........

Berbalik pada ibuku tadi, seharusnya dan mmg ku berharap, mama sihat dan bahagia sepanjang menunaikan ibadah haji, walaupun abah tak menemani (abah tak ikut sama , sebab dah buat haji masa muda2x dulu, so mama pergi dengan bos office dia). Semoga tiap hajat dan doa-nya dimakbulkan Allah amiin. Ya ALLAH Kau berikanlah kekuatan kepada Rohani Ismail untuk mengharungi segala ujian. Begitu juga Abah yg banyak berkorban untuk keluarga kami. Kau berikanlah petunjuk hidayah kepada keluarga kami.

Hidupkan hati kami dengan cahaya keimanan..




Cebisan luahan rasaku,
(karya tercetus semasa uSrah minggu kedua bersama Dr Hana)

kalau mahu bergelar hamba bertaqwa,
tiada laluan pintas menuju redha-Nya,
dengarkanlah dariku bisikan rahsia,
dalam mengikat tali ini, tali ALLAH dengan hamba

Bintang di langit, perhatikanlah cahayanya,
adakah wujud keindahan itu, jika bukan kerana yang Esa?
Renungkanlah juga cahaya purnama,
Sinarnya menerangi seluruh alam semesta

Bermaknakah hidup hanya dengan memiliki ketinggian dan kecantikan?
Tidak !
Kecantikan hakiki hanyalah Hidayah dari-Nya
Itulah penawar, itulah cahaya,
berbekalkan taqwa, setiap insan pasti membesar dengan sempurna

Tiada istilah beroleh rezeki tanpa merasa susah
sudah menjadi sunnah, merasa dahulu yang payah
dan yang akhirnya manis dan indah
Semoga kita semua (ummat Islam) menjadi pemangkin Ummah




0 comments:

Post a Comment